Thursday, 27 October 2011

Soalan Lazim Mengenai Ikan Kelah???


 1.Ikan Kelah Ini Ikan Air Tawar Atau Masin?
Air tawar dan mengkhusus habitat asalnya di kawasan air terjun, jeram dan sungai atau aliran deras di kawasan pergunungan.
 2. Keistimewaan?
Amat bernilai kerana rasa yang sedap, hiasan yang cantik dan kehebatan bertarung dalam “sport fishing”. Justeru digelar sebagai “Kings Of The Rivers”, “The King Of Fish”, “The King of Freshwater Sport Fish”, “World Best Freshwater Sport Fish”, “Raja Ikan Air Tawar, “Raja Sungai”, dan “Ikan Sukan” sekali gus harganya termasuk dalam kategori “mahal“.

Ringkasnya Ikan Kelah ini digilai kerana untuk tujuan Ikan Sukan, Ikan Hiasan dan Ikan Makan. Ikan Kelah juga mempunyai “Sanctuary” nya yang tersendiri di Taman – Taman Negara.
 3. Jenis dan Spesis Ikan Kelah Yang Boleh Didapati Di Malaysia?
Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:
a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis

Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”.  Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya.

Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat.

Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”.

Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter.
 4. Bagaimana Pula Dengan Ikan Tengas Dan Kejor?
Ikan tengas dan kejor ialah 2 spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus Hexagonolepis”.

Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”.  Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.
 5. Adakah Ia bersifat Karnivor, Herbivor Atau Omnivor?
Omnivor. Maksudnya Ikan Kelah makan semua, dia makan binatang lain (yang lebih kecil), dia makan tumbuh tumbuhan (yang terpilih) dan buah-buahan (yang terpilih).
 6. Bolehkah Ikan Kelah Diternak?
Boleh. Ikan Kelah boleh diternak di dalam kolam tanah, tangki, kanvas mahupun kolam simen dengan syarat adanya pergerakan air.

 7. Berapa lama ikan kelah ini mencapai umur matang/boleh dijual?
Bergantung kepada dari saiz berapa anda ternak, untuk apa anda ternak, iaitu sama ada untuk tujuan ikan makan atau ikan hiasan? Jika untuk tujuan ikan makan perlu mencapai berat 1Kg untuk boleh dijual di restoran.
 Jika anda bermula dari saiz 4 inci, anda memerlukan purata 2 – 3 tahun untuk mencapai berat tersebut.
 Jika untuk tujuan ikan hiasan, bila bila pun jika ada pelanggan nak beli, anda boleh jual dengan harga yang baik sekali tanpa perlu menunggu untuk mencapai berat 1Kg, kerana untuk tujuan ikan hiasan, biasanya dijual berdasarkan saiz inci panjangnya seseekor ikan kelah itu.
 8.  Muatan untuk kolam 10 kaki X 10 kaki?
Jika anak benih ikan kelah bersaiz 2 ke 6  inci, 1 kaki padu boleh memuatkan 10 ekor. Jika ikan kelah telah bersaiz 1 kaki, maka 1 kaki padu boleh memuatkan 1 ekor sahaja. Dari situ, anda boleh merancang berapa besar kolam ternakan yang ingin anda bina.
  9.  Jenis-jenis Ikan?
Sebenarnya, apabila disebut “ikan kelah” memang merujuk “ikan kelah merah” yang taburannya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sementara “ikan kelah biru” jarang ditemui dan secara geografi, taburannya biasa di kawasan Endau-Rompin. Sementara “ikan kelah hijau” adalah panggilan nama yang diguna-pakai oleh orang orang Cina (peminat dan penternak) untuk merujuk sebenarnya kepada “ikan tengas”, iaitu satu spesis yang mirip mirip kelah, dan juga dipanggil sebagai “false mahseer”.



Saya ada menjual stok anak ikan kelah  yang sedia untuk tempahan segera dan penghantaran.
Telefon saya utk tempahan segera.
  • 019-3051825 (Zakaria B. Mat)



Sebarang pertanyaan lanjut boleh email atau terus telefon

2 comments:

Shahril @ eddy_duyung said...

Assalamualaikum Encik Zakaria...terima kasih kerana berkongsi maklumat di blog ini,info dari saudara sungguh bermakna kepada saya yang baru berjinak2 dengan ikan air tawar untuk hiasan ini..sekalung teriam kasih sekali lagi dari saya.

Nur haura afeeya said...

Salam